Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu….
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu, agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang nafsu……
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu……
Ya Robbul Izzati, jika aku rindu, rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu…..
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…..
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu……
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, janagan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…….Amin……
Doaku….Moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan di akhirat…..Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran….yang sememangnya menguji kekuatan iman…..Kerana tapak iman itulah akan menemukan cinta yang selama ini telah hilang……Semoga Cinta yang dicari telah ditemui…..Semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNya…..INSYAALLAH…………..
No comments:
Post a Comment